Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kalau Presiden Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) nak minta tambah elaun dan sebagainya, saya sebagai Menteri Kewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan.
"Kita tidak boleh pinjam duit daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia nak bayar gaji, elaun... tak boleh, resepi itu boleh membawa kepada bencana ekonomi," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Hari Pekerja 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.
Bernama, 21 Jun, 2014.